May 27, 2014

dua lapan kosong lima satu empat

Dalam aku cakap aku xde mood nk keje pn..tp sampai tempat keje... aku macam semangat je nk keje. Macam hampeh..

Tapi bagus jugak la aku xde masa nk pk pape. Aku just type jelah apa yang terkeluar daripada otak aku..giler babun bosan..

Oh ya aku rasa macam owh cramp hampeh .wey apa aku nk cakap ni... takkkk aku nk cakap aku xde mood nk buat keje so aku sempat la Blogging dulu pagi2 ni..dan aku rasa la sepanjang 5 tahun aku keje kat company ni. Inilah bulan pertama yang aku xde mood nk keje dan aku plg tak effective working hours aku. Alahai..bukan aku xnk keje..cewaahhhh..tp bos aku dh bg silent treatment.  So aku senyap2 jelah..cop cop.. dia bkn bg silent treatment. Tp dia mmg xpenah bg keje pn sepanjang aku dok bawah dia. Dh mcm asik2 aku p mintak keje. Please la. Bye.

May 22, 2014

my first interview - fresenius kabi malaysia sdn bhd

Alhamdulillah. .. after so many hurt and cry.. after so many days demoralised. .erkkk...demoralised ke? Cehh..sepak laju laju kang...

Takde la demoralised sangat..tp bila head hunter call nk forward resume pn aku dh bahagia..ahahaha..senangnyer nk bahagia dan buat hati rasa happy..

So malam tadi..gerak kul 12mlm..dgn duit tak kuarkan dr atm..terpaksa la pg menapak ke rumah kak linda.pinjam cash..aptb..lupa la weeh atm closed after 12am.

So..gerak ke kl. Erkk..blm kuar tol dah ngantok giler tak payah cakap.so bawak laju2..ehhh..mana ada laju.bawak 160kmj je. Stop kat Semanggol.  Tdo 30 minit.  Then sambung lg... xbleh blah..bawak jgk 160kmj supaya cepat2 smpi ke rnr sg.perak..ate teman tdo sejam..after that rasa lega. Eh jap2 sejam ke? Kul 5 gak la aku gerak..so kul 5..laju2 bawak sebab nk dekat subuh stop dekat ulu bernam. Solat jelah..then smbg drive. Smpi kat rnr sg.buloh kul 7pg..arghhh..tak tahan..tdo smpi kul 8.30pg. Br p mandi siap2..then start navigation and yup yup...go baby go...kekekekee

Tp..navigate pn salah..please la..smpi masuk kawasan residential area. That's why aku suke pakai call dr pakai navigation. Cisss. Nasib baik la smpi 30 minutes earlier.

So interview session tak susah pn. More explanation than asking.  Oh yeah..including thanks for say that my skin is tanned. Ayakkk.... ku tahu la ku gelap2..isk..tercabar ni..iskk..

So Kesimpulan kalo ada rezeki..ada la.xde xpe...rezeki allah byk lg kat bumi ni..keje cari je.ok. Alhamdulillah everything run smoothly. I loikeee...

KENANGAN - EMPLOYEE RELATIONSHIP (BOWLING TOURNAMENT) 27 OCTOBER 2010

Memory is just damn great.. love it no matter what people say.

May 21, 2014

Life isn't meant to be easy

We Live, We Love, We Fight, We Cry, We Down and We Up Up Up...!!!!

There is so much to say about life, but in the end Life give 1 result..

LIFE GOES ON!!!

So, whatever happened, just Keep Calm and Smile.

May 19, 2014

channel 202-dieva thirumagal

Ya sabar je aku... cerita ni best giler sampai abeh tisu aku...kene plk pakai sapu tangan..sedih wehhh...

Cerita pasal. Ayah yang terencal akal tapi kasij sayang dia tiada bandingan. Terharu sangat.. aku bagi 5 bintang. Seriously.  Tapi lg 10 minit nk abeh tetibe hujan..dh kalo namanya astro. Hujan xde la siaran.ate..sabor jelah teman ni haaa...

Tapi tulah. Jangan disangka orang yang terencat akal ni kurang sempurna. Dia tak sempurna akal. Tapi hatinya cukup penuh dengan kasih sayang dan sangat2 sempurna..uwaaaaa. .dengan kata lain kalo aku jumpa lelaki mcm tu pn.biarlah terencat akal tp hati baik. Dari apa yang aku berkawan dgn orang tak jujur dan selalu menipu.baik aku kawan dgn org mcm ni.

Sekurang2nya dia berkata benar.telus ...dah lama xlayan cite sedih2. Lega rasanya dapat nangis. Sobss..sobss..

May 18, 2014

HURT- Where no words can describe it!

Hurt in so many ways, pride, heart, physically hurt...

OK. macam ni lah ye. aku rasa aku ni bukan lah seorang yang nk dendam lama2 tapi lately ni aku memang demoralize giler giler.. arghhhh... demoralize sah sah la pasal keje. here the storyline.. aku tahu soon bos aku pun baca ni. tapi ketahuilah bahawa ya aku tak penah kisah orang nk cakap apa pasal aku. heartless dah aku ni. pg mampus la dengan semua orang kat sini.. iskkk..tengok2 setan dah dok rasuk aku.. sengal betul la...

5 YEARS AGO.
I come to this company just for practical training.  But if you love what you doing, most people can do it great.. so on 1st december 2009 I've been offer to this company. With position General assistant at Yan, Kedah. Before that, we were giving a HOPE to takeover Perak. And of course, its all about politic. that why  i hate politic. aha.. Remember THIS IS NOT COMPANY MAK BAPAK KO. ok.. ye aku ingat..sebab kalo ini company mak bapak aku..sah2 ko yang bernama sekian sekian xde dalam company ni. so aku rilek jelah..sebab masa tu yelah ko nk cari keje. makan gaji, cari pengalaman nk hidup kat kedah pulak tu. so tak kisah la.. kedah kaya dengan natural beauty. tapi takat tu jelah.

So aku keje kat yan selama beberapa bulan sampai la bos aku kat KL datang Kedah dan tarik aku ke Alor Setar. aku ni jahat. < to be truth, xde orang baik dalam dunia ni> ok lantak la. so masa aku datang alor setar keje bawah kak sue ngan en redza, ITS DAMN FUN. since that time i marry with my work. and of course, ingat aku suke mengulor mcm sekarang ni ke? so, jawapan dia senang je. IF kejer yang ko buat sekarang ni menyeronokkan, bos ko seronok, ko pon seronok nk buat keje, maka istilah mengulor ni takkan timbul. Itu yang aku paham la. aku tak tahulah aku terlalu naif ke apa. tapi aku selalu pegang bahawa biar gaji sikit janji berkat.

After that, both my bos left this company and of course i DEMORALIZE! yelah, bila bos dah macam kawan, sape tak suke? suke kan. tapi berpada2 la. jangan la sampai pijak kepala diorng. dalam keje, keje la. luar keje boleh berkawan. giler seronok time tu. maybe jugak aku mmg naif kot. so aku mmg purely suke giler keje ni. alah, sikit2 nk down, sakit hati ke apa ke.. itu standard lah kot. ITS LIFE BEBEH.. so aku enjoy every moment aku kat kedah. sedar tak sedar its already 5 tahun aku keje kat kedah ni. erkkk... few times anta surat resign tapi tak resign resign.

Then lepas bos aku pg, aku diletakkan bawah bos aku yang sorg ni. aku bukan tak suke dia. cumanya ibarat angin ngan angin. so mana nk masuk. EH, sapa je tahan ngan aku ni? yang tahan tu hebat la. Thanks kak sue.
So kita keje, keje dan kebajikan pekerja. sebab tu aku suke Human Resources kot compare department aku sekarang ni. bukan aku tak suke. cuma aku rasa ianya ibarat material semata2. yup yup betul sekali lagi INI BUKAN COMPANY MAK BAPAK KO. haik ada jugak orang cakap macam tu kat aku. abeh tu yang cakap tu professional sangat lah giler giler kot.

Kadang kadang tengok department aku ni macam simpan sampah.. macam la apa yang company aku buat. tak paham. aku sendiri pon sampah jugak aku rasa. ntah la. takde orang penah bagitau aku. takat kutuk aku kat belakang berlambak tak payah kira. cume aku tak penah amik port orang nk cakap apa. including apa yang bos aku cakap, yang aku tahu, lantak la perangai macam mana, janji keje aku siap seperti yang diarahkan. bila bagi tugas kat aku. ya aku akan siapkan sepenuh jiwa aku.

Arghhh,,,itu sebablah aku xboleh nk focus cari keje lain. aku dok focus keje aku skg ni je. alahai..macam mana ni? ada sesiapa keje kosong. meh amik aku keje meh. ok.sambung kay, then after bos aku blah dari company ni. ada bos lain department aku ketika itu, tapi bagi aku, sesetengah orang sangat baik jadi kawan dan takpayah la jadi bos aku. see, aku pilih kot bos aku yang mana aku nk. aha...yelah tu. after that, aku kene yeahh. SILENT TREATMENT. then big bos panggil aku tny aku nk keje ke tak. SO, nasib baik aku cerdik sikit. aku amik langkah berjaga2 sebelum aku terkena. dan sudahnya, that bos tak boleh kenekan aku pn. hehehehehe... Jahat dowh aku. apa dikisah. aku pon makan gaji, ko pon makan gaji, nk sakit hati apa ngan aku. maybe setiap  bos ni ada EGO dia sendiri.

after that Department aku skg ni amik aku keje. transfer from Human Resources kepada Operation. time tu aku tahu bos aku nk buang aku pun. cuma bagi aku, untuk keselesaan bersama. so aku lagi sekali...apa ada hal kalo orang tak suke aku pon. aku boleh je mana2... So masuk department tu aku rasa aku banyak belajar. tapi department ni tak buat aku suke keje aku macam aku suke HR. banyak keje, yeah, mula2 la..lepas aku dah dapat keep track macam mana operasi keje ni . so aku apa ada hal, sekejap jelah aku buat keje. aku pon jenis malas dowh. buat apa nk susahkan diri sendiri dah kalo boleh cari jalan senang. So aku hantar surat resign cumanya masa tu aku belum dapat keje. oh yes, masa tu jawatan aku juga assistant sahaja. bila aku hantar surat resign tu aku ni dengan tujuan aku boleh start focus nk cari keje lain la. yelah, aku dah mmg jenis macam tu. sekurang2nya aku tahu sebulan lagi aku takde keje..tak ke nerve aku  ni berkobar2 nk cari keje. lantak la keje apa. janji aku boleh bayar duit kereta dan sara hidup.

Tapi, bos aku naikkan pangkat aku. then aku jadi executive. hello hello hello.. dah bos naikkan pangkat, aku kenang budi lah weh.. so aku keje macam aku keje HR, balik malam. buat keje, cover keje banyak2.. and i fall in love with my work that time. It happened until last year.

So, last year, my previous bos kene pindah ke perak. aku pn eager nk masuk perak..WEY, SAPA XNK BALIK KAMPUNG SENDIRI WEY? ko jawab2...jawab la. adusss...so aku kerap la wasap bos aku ni...
Haji tarik la zira ke perak. then haji selalu cakap.. sabar sabar... OK bleh tahan lagi..so aku sabar jelah. walaupun keje aku skg ni macam dok buat keje clerical je. ahaks.

And yes, aku jawab soalan bos aku semalam kat sini.

Bos aku tny: Ingat ini COMPANY MAK BAPAK?
Jawapan aku: Kalo ini company mak bapak saya, u xde kat company ni.

Bos aku ckp aku hold keje tu ingat aku boleh tanggung sorang2.
Jawapan aku: aku email cc kat ko, ko xpenah nk amik tahu pun. dan ko tak tahu pon keja yang aku buat skg ni.

Bos aku cakap aku xboleh nk keep KPI ni. xboleh focus.
Jawapan aku: sebab semua report aku compile dan aku kene tgu 12 service unit hantar dekat aku.

Bos aku cakap report bulan 1 dan 2 sama.
Jawapan aku: kenapa bulan 2 aritu ko xtegur? kenapa dh bulan 5 baru ko nk tegur?

Bos aku cakap kenap aku tak siasat kenapa service unit bagi data yang sama?
Jawapan aku: berbuih mulut aku cakap ngan service unit dah 3 tahun masih buat menda yang sama.

Bos aku cakap dia xbg pg KL sebab P$$@@@ xsuke aku.
Jawapan aku: OH HELL YEAH BOS, SO SKG NI SAPA YANG XBOLEH NK KEJE PROFESSIONAL? Sebenarnya aku xboleh terima bila company kene tambah kos untuk sediakan accommodation itu dorang. aku rasa apa yang company buat dah salah. sebab tu aku xboleh terima. itu je. dah jadi macam. Oh why? adakah kita nk pg mana2 dengan duit sub-con kita? adakah kita ni jenis macam tu?

Bos aku cakap kalo aku duduk accommodation without receipt itu adalah kos tambahan.
Jawapan aku: Accommodation without receipt is RM40.00 per night. while, duduk hotel RM160.00 utk 2 orang. So bahagi 2 maka RM80.00 seorang.

EH, please ye, RM40.00 dengan RM80.00 tu mana yang kos saving?

Ok, aku kan , kene buat statement..

Kenyataan ini tidak boleh diguna pakai dalam hal-hal saman menyaman dan hal mahkamah ataupun hal disiplin.

May 17, 2014

hidup ini kelam tanpa cahaya

Hidup ini kelam tanpa cahaya. Tak tahu kemana arah tuju. Kita sangka kita kedepan. Tapi tanpa sedar kita sebenarnya makin mundur kebelakang tanpa cahaya. Ibarat manusia hilang deria penglihatan tiba2 namun cahaya dihati tiada untuk menunjukkan arah yang mana patut dituju.

Ya allah..berikanlah cahaya yg dapat menunjukkan jalan yang benar..